DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail

ERA PEMERINTAHAN III

Penubuhan Malaysia

etika Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Syed Putra berada di atas takhta sebagai Ketua Negara, tercatat satu peristiwa bersejarah bagi tanah air apabila berlangsungnya penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Baginda sendiri diberi ruang kesempatan untuk memasyhurkan nama negara, Malaysia.

Dengan penubuhan tersebut, Tuanku Syed Putra melanjutkan pemerintahan sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Penubuhan Malaysia ketika ini menjadi satu detik manis kepada Tuanku Syed Putra memandangkan jawatan yang disandang membolehkan baginda tercatat dalam sejarah tanah air selaku Yang Di-Pertuan Agong bagi negara Malaysia merdeka dan Tengku Budriah menjadi Raja Permaisuri Agong.


Perasmian Bangunan Bersejarah

eranan baginda sebagai ketua negara dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Pembangunan negara baru Malaysia dapat dimulakan dengan jayanya. Ketika itu juga baginda mencatat sejarah sebagai Ketua Negara yang bertanggungjawab merasmikan bangunan-bangunan milik negara yang dibina sejurus selepas merdeka. Antara bangunan-bangunan yang dirasmikan oleh baginda Tuanku Syed Putra adalah seperti Masjid Negara, Filem Negara, Muzium Negara, Stadium Negara dan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.


Lawatan Rasmi Luar Negara

saha berterusan dilakukan untuk memperkenalkan negara baru, Malaysia. Siri lawatan diteruskan ke Thailand pada 24 Februari hingga 3 April 1964. Baginda kemudian disambut meriah oleh Maharaja dan Maharani Jepun dalam siri lawatan ke negara Jepun.

Baginda seterusnya mengadakan lawatan secara rasmi ke negara Arab Saudi, Republik Arab Bersatu dan Jordan pada 2 April hingga 26 Jun 1965. Baginda berdua mangambil kesempatan untuk mengerjakan fardhu haji.

Suatu kebetulan yang menjadi kebanggaan kepada baginda ialah apabila dihadiahkan kain litupan Kaabah. Hadiah bernilai seumpama ini julung kali diterima oleh pembesar negara.