DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

PENGERUSI YAYASAN TUANKU SYED PUTRA

Sejarah DYTM Tuanku dengan organisasi Yayasan Tuanku Syed Putra

DYTM Tuanku telah dilantik sebagai Pengerusi Yayasan mulai 1 Ogos 2000.

Aktiviti-aktiviti DYTM Tuanku dalam organisasi Yayasan Tuanku Syed Putra

  1. Menganugerahkan biasiswa kecil Yayasan kepada pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan dari semua sekolah-sekolah rendah di negeri Perlis.
  2. Menganugerahkan Anugerah Cemerlang Yayasan kepada pelajar-pelajar yang mendapat keputusan terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
  3. Menganugerahkan Pingat Cemerlang Yayasan kepada individu yang mencapai kejayaan samada di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa dalam berbagai bidang termasuk sukan dan kokurikulum, sosio ekonomi, kebudayaan dan kesenian dan penulisan.
  4. Menyampaikan sumbangan kepada mereka yang menghidapi penyakit kronik, ditimpa bencana dan malapetaka dan juga bantuan pendidikan.

Perancangan dan sumbangan DYTM Tuanku dalam organisasi Yayasan Tuanku Syed Putra

  1. Menjadikan Yayasan Tuanku Syed Putra sebagai sebuah institusi kebajikan yang ulung di negeri Perlis yang dapat memberi sumbangan dan bantuan yang lebih luas kepada semua lapisan masyarakat.
  2. Mengambil bahagian dalam bidang pelaburan dan pembangunan untuk meningkatkan pendapatan dan hasil Yayasan.
  3. Sebagai Pengerusi Yayasan, Tuanku adalah pemangkin kepada perancangan dan perlaksanaan program dan aktiviti-aktiviti Yayasan dari masa ke semasa.



LAPORAN KEGIATAN YAYASAN TUANKU SYED PUTRA
DARI JANUARI HINGGA JULAI 2006

04 Januari 2006 : Majlis Penyampaian Sumbangan Unilever.

Yayasan dengan kerjasama Unilever Sdn. Bhd. telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir pada 04 Januari 2006 di Galeri DiRaja, Arau, Perlis. DYMM Tuanku Pemangku Raja selaku Pengerusi Yayasan dan DYTM Raja Puan Muda telah berkenan berangkat ke majlis tersebut. Majlis tersebut diadakan atas rasa keperihatinan pihak Unilever dan hasrat mereka untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir sekadar yang boleh. Barangan yang disumbangkan untuk 2,000 orang mangsa-mangsa banjir Disember lalu merupakan barangan keluaran syarikat Unilever Sdn. Bhd. seperti sabun dan sebagainya.

26 Januari 2006 : Majlis Sumbangan oleh Manchester United Supporters Club Malaysia.

Pada 26 Januari 2006, Yayasan dengan kerjasama Manchester United Supporters Club Malaysia yang diketuai oleh En. Laurence Haw telah mengadakan majlis sumbangan baju-T dan jersey kepada mangsa-mangsa banjir Disember lalu yang terdiri dari kakitangan Istana dan keluarga mereka. Majlis tersebut diadakan di Dataran JPS, Arau. DYMM Tuanku Pemangku Raja selaku Pengerusi Yayasan dan DYTM Raja Puan Muda turut berangkat ke majlis tersebut.

06 Mac 2006 : Tuisyen di Radio

Pada tahun ini, tuisyen di radio atau “tuition on air” dimulakan pada 6 Mac 2006. Seramai 14 orang tenaga pengajar yang terdiri dari guru-guru pakar terlibat dalam program ini yang diadakan pada hari isnin untuk matapelajaran bahasa inggeris, hari rabu untuk matematik dan hari jumaat untuk sains.

Sehingga kini, dari maklumbalas yang diterima, sambutan yang diberikan oleh pelajar-pelajar terutama sekali dari mereka yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia amat menggalakkan.

Guru-guru yang terlibat dalam program ini juga amat dedikasi dan telah melaksanakan tanggungjawab yang diberi dengan begitu baik sekali. Sebagai menghargai usaha mereka DYMM Tuanku Pengerusi telah berkenan menyampai sijil penghargaan kepada mereka dan juga juruhebah Perlis FM yang terlibat di majlis penganugerahan Anugerah Cemerlang di Balairong Seri, Istana Arau pada 24 April 2006.

28 Mac 2006 : Majlis Penyampaian Cek Oleh Amanah Raya Berhad

Majlis penyampaian cek oleh Amanah Raya Berhad telah diadakan sempena pasaria amal Yayasan Amal Tengku Hajjah Budriah di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad. Cek berjumlah RM100,000.00 telah disampaikan oleh Yang Berbahgia Dato’ Ahmad Rodzi bin Pawanteh kepada DYMM Tuanku Pengerusi Yayasan. Sumbangan tersebut ialah bagi membantu pesakit buah pinggang yang sedang menerima rawatan haemodialysis di Pusat Dialysis Tuanku Syed Putra. Turut berangkat di majlis tersebut ialah DYTM Raja Puan Muda dan YMM Raja Perempuan Besar Perlis.

24 April 2006 : Majlis Penganugerahan Biasiswa Kecil, Anugerah Cemerlang dan Pingat Cemerlang 2006

Majlis Penganugerahan biasiswa kecil, Anugerah Cemerlang dan Pingat Cemerlang telah diadakan di Balairong Seri, Istana Arau pada 24 April 2006. Turut berangkat ialah DYTM Raja Puan Muda Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Seramai 69 orang pelajar telah hadir untuk menerima biasiswa kecil dari DYMM Tuanku. Selain dari itu 4 orang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2005 turut hadir untuk menerima Anugerah Cemerlang dan Anugerah Khas. Seramai 3 orang calon Pingat Cemerlang turut menerima Pingat Cemerlang masing-masing dari DYMM Tuanku Pengerusi.

Di majlis tersebut juga, DYMM Pengerusi telah berkenan menyampaikan sijil penghargaan kepada guru-guru dan juruhebah Perlis FM yang terlibat dengan ‘tuition on air’.

Majlis Penganugerahan tersebut dihadiri oleh 500 orang tetamu terdiri dari Pengetua-pengetua Sekolah, Guru-guru Besar, ibu-bapa, Ketua-ketua jabatan dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Pelajaran.

27 Mei 2006 : Majlis Sumbangan Kepada Anak-anak Yatim

YB Dato’ Seri (Dr) Mohd. Effendi bin Norwawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah bermurah hati untuk memberi sumbangan kepada 50 orang anak-anak yatim yang terpilih. Majlis anjuran bersama Yayasan Tuanku Syed Putra telah diadakan di Dewan orang ramai Padang Katong. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh kesuntukkan masa maka YB Dato’ Seri telah mewakilkan kepada Setiausaha Yayasan, Dato’ Johari bin Mohd. Darus untuk menyampaikan sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM100.00 seorang kepada anak-anak yatim tersebut.



LAPORAN KEGIATAN YAYASAN TUANKU SYED PUTRA
DARI JANUARI HINGGA JULAI 2007

13 Februari 2007 : Majlis Penganugerahan Sumbangan Persekolahan.

Yayasan dengan kerjasama Perlis Chinese Golfers Charity, Jabatan Pelajaran Perlis dan Taman Ular dan Reptilia telah mengadakan Majlis Penganugerahan Sumbangan Persekolahan 2007 di Auditorium Taman Ular dan Reptilia, Sg. Batu Pahat. DYTM Tuanku Raja Muda selaku Pengerusi Yayasan dan DYTM Raja Puan Muda telah berkenan berangkat untuk menyampaikan sumbangan. Majlis tersebut diadakan atas rasa keperihatinan pihak Perlis Chinese Golfers Charity dan hasrat murni mereka untuk memberi bantuan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah di negeri Perlis. Pelajar-pelajar yang di pilih oleh Jabatan Pelajaran Perlis terdiri dari mereka yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan. Seramai 240 orang pelajar pelbagai kaum telah menerima sumbangan berjumlah RM100.00 setiap seorang. Pelajar-pelajar juga telah dihiburkan dengan pertunjukkan ular oleh pekerja-pekerja Taman Ular dan Reptilia Perlis.

05 & 26 Mac dan 02 April 2007 : Majlis Penganugerahan Biasiswa Kecil.

Majlis Penganugerahan Biasiswa Kecil untuk tahun 2007 telah diadakan di 3 kawasan Parlimen iaitu Padang Besar, Arau dan Kangar. Sekolah-sekolah yang telah terpilih ialah Sekolah Kebangsaan Guar Jentik (Kawasan Parlimen Padang Besar), Sekolah Kebangsaan Tambun Tulang (Kawasan Parlimen Arau) dan Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai Kuala Perlis (Kawasan Parlimen Kangar). Seramai 72 orang pelajar dari kawasan-kawasan Parlimen berkenaan telah menerima biasiswa masing-masing yang disampaikan oleh DYTM Tuanku Raja Muda selaku Pengerusi Yayasan. Majlis diadakan semasa perhimpunan pagi sekolah.

29 Mac 2007 : Majlis Istiadat Penganugerahan Anugerah Tuanku Syed Putra, Anugerah Cemerlang dan Pingat Emas Kecemerlangan.

Majlis Istiadat Penganugerahan telah diadakan di Balairong Seri Istana Arau. DYMM Tuanku Raja telah berkenan berangkat untuk mengurniakan Anugerah. Turut berangkat ke majlis tersebut ialah DYMM Raja Perempuan dan DYTM Raja Muda selaku Pengerusi Yayasan. Majlis turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar, ahli-ahli Lembaga Yayasan, pembesar-pembesar negeri, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua-ketua Jabatan, Pengetua-pengetua sekolah, guru-guru besar serta ibu-bapa.

Anugerah-anaugerah yang telah disampaikan ialah :-

  1. Anugerah Tuanku Syed Putra

    YM Professor DiRaja Ungku A.Aziz Ungku A. Hamid telah hadir untuk menerima Anugerah tersebut.

  2. Anugerah Cemerlang/Anugerah Khas

    Seramai 2 orang pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2006 iaitu Ong Lip Tat dan Nurfadhilah Wan Abd. Raoh telah menerima Anugerah Cemerlang. 3 pelajar lain iaitu Khor Meyven, Anis Wahida Abd. Wahid dan Adam Azlan menerima Anugerah Khas.

  3. Pingat Emas Kecemerlangan

    Pingat Emas Kecemerlangan yang pertama kali diperkenalkan oleh Yayasan telah dianugerahkan kepada Pasukan Bolasepak Piala Malaysia Perlis 2006 yang terdiri dari 28 orang Pegawai dan pemain, yang telah menjadi juara Piala Malaysia 2006.


02 April 2007 : Tuisyen di Radio

Pada tahun ini, tuisyen di radio atau “tuition on air” dimulakan pada 2 April 2007. Seramai 14 orang tenaga pengajar yang terdiri dari guru-guru pakar terlibat dalam program ini yang di keudarakan pada jam 9.15 hingga 10.15 malam pada hari Isnin untuk matapelajaran Bahasa Inggeris, hari Rabu untuk Matematik dan hari Jumaat untuk Sains.

Sehingga kini, dari maklumbalas yang diterima, sambutan yang diberikan oleh pelajar-pelajar terutama sekali dari mereka yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia amat menggalakkan bukan sahaja dari pelajar-pelajar di negeri ini tetapi juga di Kedah Utara.

13 & 15 Mei dan 17 & 21Jun 2007 : Program Gerak Gempur Khidmat Komuniti Rakyat

Program gerak gempur khidmat komuniti rakyat mengambil sempena Hari Ulangtahun Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis telah diadakan di tiga kawasan Parlimen iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar. Program selama 4 hari ini dianjurkan oleh Yayasan dan dikelolakan oleh Rejimen 504 Askar Wataniah dan Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis. Jabatan-jabatan lain yang turut serta ialah Agensi Anti Dadah Kerajaan, Jabatan Pertahanan Awam(JPA 3), Bomba dan Penyelamat, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Teknologi Mara dan Pejabat Kesihatan Negeri.

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk:-

  1. mendidik dan memberi pengetahuan kepada masyarakat untuk menghadapi kebakaran serta bencana alam seperti banjir dan tanah jerlus,
  2. memberi tips dan tunjuk ajar serta kaedah berhubung dengan cara menyelamatkan diri apabila berlaku bencana alam,
  3. mengubah sikap masyarakat dan memberi kesedaran kepada rakyat bahawa persiapan menghadapi sebarang bencana adalah juga merupakan tanggungjawab individu dan bukannya terletak di bahu agensi kerajaan semata-mata dan
  4. membimbing masyarakat supaya lebih menyusun atur(organized) dan mampu memberi kerjasama kepada agensi kerajaan dalam mentadbir Pusat Pemindahan mangsa banjir apabila berlaku bencana.

Pada keempat-empat hari program beberapa aktiviti dijalankan di antaranya pameran, promosi, acara sukan dan sukaneka, pemeriksaan kesihatan dan pengedaran risalah. Risalah-risalah telah diedarkan kepada penduduk kampung dengan pelbagai cara. Antaranya:-

  1. Berbasikal/Kayuhan Perpaduan

    Kayuhan sejauh 22 kilometer ini diadakan pada 13 Mei 2007 bermula di perkarangan Hotel Brasmana Kuala Perlis melalui Kuala Sungai Baru, Kuala Sanglang dan berakhir di masjid Simpang Empat. Ia dinamakan Kayuhan Perpaduan kerana ia melibatkan berbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India, Siam dan Iban.

  2. Bermotosikal

    Aktiviti bermotosikal diadakan pada 15 Mei 2007 di sekitar Kuala Perlis , Kg Sungai Baru dan Kampong Sanglang. Program kali ini tertumpu ke rumah-rumah yang terletak jauh dari jalan utama.

  3. Menaiki Kenderaan tentera/jabatan

    Konvoi menggunakan kenderaan tentera dan jabatan bermula di kem 504 AW, Bukit Ketri melalui Kg. Sungai Buluh, Kg. Padang Melaka, Kg Lembah Baik dan Sek. Keb Titi Tinggi.

  4. Konvoi Bermotosikal

    Konvoi bermotosikal bermula dari Kem 504 AW, Bukit Ketri melalui Kg. Alor Setar, Kg. Katong, Kg. Belukar, Kg. Kebun dan berakhir di Sek. Men. Agama Arau.

Setiap Program Komuniti rakyat (Gerak Gempur I,II dan III) ini diilham dan diketuai sendiri oleh DYTM Raja Muda selaku Pengerusi Yayasan/Komander 504 AW dan Raja Puan Muda. Baginda berdua turut mengayuh basikal untuk menyampaikan risalah-risalah kepada rakyat dan bermesra dengan rakyat secara lebih dekat. Program ini yang meliputi 43 kampung dan memberi faedah kepada lebih kurang 15,000 orang penduduk secara langsung telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan. Penduduk kampung turut mengambil bahagian bersama Baginda berdua dalam acara sukan dan sukaneka termasuk permaianan bolasepak, bola jaring, sepak raga bulat, tarik tali dan tarik upih.



AKTIVITI / KEGIATAN YAYASAN TUANKU SYED PUTRA DARI JANUARI HINGGA NOVEMBER 2008

21 April 2008 - Tuisyen di Radio

 

Program tuisyen di radio atau ‘Tuition On Air’ telah dimulakan dengan melibatkan seramai 14 orang tenaga pengajar yang terdiri dari guru-guru pakar dari beberapa sekolah menengah. Sebilangan besar dari mereka telah terlibat dengan program ini sejak ianya dimulakan hasil ilham DYTM Tuanku Pengerusi iaitu pada tahun 2002. Program ini dikeudarakan di Perlis FM pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat pada jam 8.00 hingga 9.00 malam. Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada  pelajar-pelajar seluruh negeri ini.

 

‘Workshop Tuition On-Air’ telah diadakan pada 9 Oktober 2008 untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bengkel berkenaan telah diadakan pada bulan November 2008.

 

Seperti tahun yang lalu, peserta  bengkel ini seramai 150 orang, adalah terdiri daripada pelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan dan keutamaan juga diberikan kepada mereka yang tahap pencapaian pada ketika itu ‘below average’ tetapi boleh dibantu untuk lulus. Selain dari itu pelajar-pelajar yang aktif mengambil bahagian dalam kuiz ‘Tuition On Air’ juga dijemput untuk menyertai bengkel. DYTM Tuanku Pengerusi turut berangkat untuk meninjau perjalanan bengkel dan beramah mesra dengan tenaga pengajar dan peserta.

 

Untuk makluman juga, pada tahun lalu bengkel ini mendapat tajaan daripada YBhg. Dato’ Seri (Dr) Efendi Norwawi.

 

 

05, 06 dan 07 Mei 2008 - Majlis Penganugerahan Biasiswa Kecil

 

Majlis Penganugerahan Biasiswa Kecil untuk tahun 2008 telah diadakan seperti tahun sebelumnya iaitu di 3 kawasan Parlimen Padang Besar, Arau dan Kangar. Sekolah-sekolah yang telah dipilih bagi tahun ini ialah Sekolah Kebangsaan Pauh (Kawasan Parlimen Arau), Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup (Kawasan Parlimen Padang Besar) dan Sekolah Kebangsaan Panggau (Kawasan Parlimen Kangar). Seramai 73 orang pelajar dari kawasan-kawasan Parlimen berkenaan telah menerima biasiswa masing-masing daripada DYTM Tuanku Raja Muda selaku Pengerusi Yayasan termasuk seorang pelajar berketurunan Thai dari Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup. Majlis diadakan semasa perhimpunan pagi sekolah.

 

 

Mei, Jun dan Ogos 2008Program Titian Kasih

‘Perlis Ke Arah Mentaliti Kelas Pertama Menjelang 2013’

 

 

Program Titian Kasih anjuran bersama Yayasan Tuanku Syed Putra dan Jabatan Pelajaran Perlis adalah  merupakan cetusan idea DYTM Tuanku Raja Muda selaku Pengerusi Yayasan. Program perintis telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis dan Sekolah Menengah Kebangsaan Putra dalam tahun 2007.

 

Objektif Program:-

  • Mewujudkan hubungan mesra diantara Raja dengan rakyat
  • Memupuk semangat cintakan Negeri dan Negara di kalangan pelajar
  • Memberi pendedahan kepada pelajar terhadap isu-isu semasa
  • Berkongsi minda untuk mewujudkan Mentaliti Kelas Pertama Rakyat Perlis seperti yang terdapat di negara-negara maju

 

Dalam tahun 2008 program ini telah diadakan dalam kawasan Parlimen Arau dan Parlimen Kangar seperti berikut:-

 

1)     05 Mei 2008              Sekolah Menengah Kebangsaan Arau

2)     06 Mei 2008              Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik ,Arau

3)     07 Mei 2008             Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad

4)     12 Jun 2008              Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra 

(Dalam Bahasa Inggeris, mengambil sempena   kunjungan program pertukaran pelajar

                             Inter-Community School (ICS) of Zurich , Switzerland )

 

5)     12 Ogos 2008           Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad

6)     13 Ogos 2008           Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang

7)     28 Ogos 2008           Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi

      

Program ini juga turut diadakan di 2 buah sekolah lagi pada 29 Oktober 2008 iaitu di Sekolah Menengah Agama Arau dan Sekolah Menengah Al-Madrasah Al-Alawiyah Al-Diniah.

 

DYTM Tuanku Raja Muda selaku Pengerusi Yayasan telah berangkat untuk merasmi serta mengikuti program-program tersebut. Di antara Jabatan dan agensi yang terlibat dalam program ini ialah:-

 

1)     Jabatan Pepaduan Negara dan Intergrasi Nasional       

2)      Polis Di Raja Malaysia

3)     Jabatan Alam Sekitar Perlis                                   

4)     Jabatan Kesihatan Perlis

5)     Jabatan Agama Islam Perlis                                  

6)      Majlis Perbandaran Kangar

7)      Majlis Sukan Negeri Perlis                        

8)      Rejimen 504 Askar Wataniah

9)      Majlis Amanah Rakyat (MARA)                             

10)  Agensi Anti Dadah Kebangsaan

31 Mei 2008- Karnival Membaca Peringkat Negeri Perlis

 

DYTM Tuanku Raja Muda telah melancarkan Karnival Membaca Peringkat Negeri Perlis di Perbadanan Perpustakaan Awam Kangar, Perlis pada 31 Mei, 2008.  Dalam majlis tersebut Baginda selaku Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra telah menyerahkan sebanyak 3,400 naskah buku baru dan terpakai kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri.

 

Buku-buku tersebut telah disumbangkan oleh badan-badan Korporat, jabatan-jabatan kerajaan serta orang perseorangan melalui “Kempen Kutip Buku” yang dilancarkan oleh Yayasan selama sebulan bersempena sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis.

 

Selain buku-buku terpakai ,Yayasan juga menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai yang telah dibelanjakan untuk membeli buku-buku baru sebagai tambahan kepada koleksi buku-buku rujukan di Perpustakaan Awam Negeri.

- Penyerahan Etiqa Play Station Oleh Etiqa Takaful Berhad

 

Majlis penyampaian permainan kanak-kanak ‘Etiqa Play station’ untuk kegunaan di wad kanak-kanak Hospital Tuanku Fauziah Kangar telah diadakan di Hospital Tuanku Fauziah. Majlis tersebut yang dianjurkan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra dengan kerjasama Etiqa Takaful telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Raja Muda selaku Pengerusi Yayasan.

 

 

30 Ogos 2008 - Program Khidmat Masyarakat Pembedahan Katarak di Hospital Tuanku Fauziah

 

Program Khidmat Masyarakat Pembedahan Katarak anjuran bersama Persatuan Doktor Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia , Yayasan Tuanku Syed Putra dan Hospital Tuanku Fauziah telah diadakan di Hospital Tuanku Fauziah Kangar. Program ini diadakan hasil cetusan idea DYTM Tuanku Pengerusi bersama-sama Professor Dato’ Dr. Haron bin Ahmad, Presiden Persatuan Doktor Perubatan UKM. Program ini diadakan sempena ulangtahun Hari Kemerdekaan Negara yang ke 51. Di atas daya usaha DYTM Tuanku Pengerusi juga, Yayasan telah menerima sumbangan untuk program ini berjumlah RM50,000.00 daripada YBhg Dato’ Nik Sapeia Nik Yusof dan YBhg Datuk Lee Heng.

DYTM Tuanku Pengerusi telah berangkat untuk menyempurnakan majlis tersebut.

 

PROGRAM / AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN 2009

 

 

  1. Majlis Penganugerahan Anugerah Cemerlang dan Anugerah Khas

 

           Majlis Penganugerahan ini yang sepatutnya diadakan pada tahun 2008 di

           Sekolah Menengah Derma Kangar masih belum dapat diadakan kerana

           Yayasan belum dapat menetapkan tarikh yang sesuai.

           Majlis ini akan diadakan pada awal tahun 2009.

 

  1. Majlis Penganugerahan untuk Pelajar Terbaik Tahunan

     (Best Student Of The Year)

           

            Majlis Penganugerahan ini tidak dapat diadakan bagi tahun 2008 kerana kesuntukkan masa memandangkan Yayasan hanya menerima nama pelajar-pelajar tersebut dari pihak sekolah pada penghujung bulan September, 2008.

 

            Sebagai ganti program tersebut, pada tahun ini, DYTM Tuanku Pengerusi telah mengaturkan satu bengkel motivasi yang bertemakan ‘Ke arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang’ untuk pelajar-pelajar tersebut di Pulau Pinang pada 7 hingga 9 November 2008. Bengkel tersebut dikendalikan sendiri oleh DYTM Tuanku Pengerusi dengan dibantu oleh YBhg Dato’ Johari bin Mohd. Darus dan Prof. Dato’ Dr Kamarudin Hussin.